Hubungi Kami | Sitemap

 

PROMOSI UMRAH


bersama

Pakistan Airline


RM4250


INSURANS AM - KERETA

 

 

PENGENALAN

 

Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan bermotor dilindungi insurans sebelum digunakan di jalan raya. Tetapi adakah SEMUA perlindungan insurans atau takaful adalah sama? Tidak semestinya. Walaupun kenderaan bermotor adalah kelas yang ditarifkan, syarikat insurans dan takaful dibenarkan untuk mengenakan paras tambahan dan deduktibel yang berbeza. Tambahan pula, syarikat menawarkan servis dan teknologi yang berlainan serta cara pengurusan tuntutan insurans yang berbeza.

Kami di Black Flag Group, memahami keperluan anda. Dalam hal ini, kami tidak mengenakan tambahan atau melaksanakan deduktibel. Oleh sebab itu, dalam kebanyakan kes, jika berlaku kemalangan, kami menjamin untuk meluluskan tuntutan anda dengan segera melalui proses tuntutan yang mesra pelanggan. Kesemua sebutharga adalah berdasarkan kepada alat ganti tulen. Anda juga boleh menggunakan khidmat bantuan jalanraya 24 jam untuk bantuan jika berlaku kecemasan. Oleh yang demikian, kami telah membina reputasi yang baik bagi penyelesaian tuntutan yang adil dan cepat.

Black Flag Group menawarkan perlindungan motor yang dikenali sebagai IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR.

 

Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Motor Takaful?

 

IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR

 

Perlindungan ini akan memberi gantirugi sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda di samping liabiliti pihak ketiga. Ia melindungi kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga, serta kerosakan kepada harta pihak ketiga yang disebabkan oleh kemalangan yang berpunca daripada penggunaan kenderaan anda

 

FAEDAH PILIHAN

 

Faedah berikut boleh didapati dengan membuat sumbangan tambahan:-
  • Liabiliti Penumpang
  • Kerosakan Cermin Pecah
  • Mogok, Rusuhan dan Kekacauan Awam
  • Banjir dan Ribut
  • Sistem Radio Kaset

Mengapa memilih IKHLAS Motor Takaful?

 

Khidmat Bantuan Jalanraya 24 jam BANTUAN IKHLAS
Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya terjadi kerosakan kecemasan. Bagi IKHLAS COMPREHENSIVE MOTOR, perkhidmatan ini akan membolehkan kereta anda ditunda ke panel bengkel kami yang terdekat sekiranya terjadi kemalangan (penundaan percuma sehingga RM200).

 

E-Covernote
IKHLAS MOTOR membolehkan peserta kami mendapat perlindungan baru dan pembaharuan dengan segera dengan menggunakan e-covernote.

 

Kelulusan Tuntutan Segera

Kelulusan tuntutan yang segera dan berdasarkan sebutharga bahagian-bahagian yang asli.

 

Tuntutan Pandu Masuk e-ZI

Dengan mengambil falsafah "memudahkan urusan perniagaan", perkhidmatan pengurusan tuntutan secara pandu masuk yang dinamakan Tuntutan Pandu Masuk e-ZI diperkenalkan bagi memudahkan urusan tuntutan yang kecil. Selain memberikan perkhidmatan secara pantas dan terbaik, ia juga dapat mengelakkan kerugian kecil yang ditokok-tambah oleh "e-Workshop".
 
Menerusi Tuntutan Pandu Masuk e-ZI, pegawai penilai kerosakan akan ditugaskan ketempat yang disediakan untuk segera menilai kerosakan dan pemprosesan pembayaran cek bagi tuntutan dibawah RM3,000 akan dilakukan dalam masa satu jam. Sementara menunggu proses pembayaran, anda dijemput untuk menikmati minuman yang disediakan khas untuk anda.

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami di alamat berikut:

BLACKFLAG MANAGEMENT (001908497-X)
Lot 20M, Kompleks Selayang
BT 8 1/2 Jalan Rawang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
 
Tel : 603 - 6136 5458
Fax: 603 - 6136 6718

Email :
info@BlackFlagGroup.com

 

 

PRODUK MUSLIM
        KURMA
        MADU
        OLIVE OIL
        AIR ZAM ZAM  

PELANCONGAN

AGENSI PEKERJAAN

PERABOT JATI

CATERING

PERLADANGAN

PENTERNAKAN

YAYASAN AMIRUL MUKMININ/YAPI

HARTANAH

INSURANS

    

LAMAN UTAMA   |   PROFIL   |   PERKHIDMATAN   |   MAKLUM BALAS   |   HUBUNGI KAMI   |   LINKS

© 2009 Hakcipta Terpelihara. Black Flag Group. Developed by BJWeb.com | Privacy Policy | Terms of Use